Tanaman semusim ini tingginya dapat mencapai 2 meter. Berdaun menjari dengan bunga jantan dan betina ada di tanaman berbeda (berumah dua). Bunganya kecil-kecil dalam dompolan di ujung ranting. Ganja hanya tumbuh di pegunungan tropis dengan ketinggian di atas 1.000 meter di atas permukaan laut.
Ganja menjadi simbol budaya hippies yang pernah populer di Amerika Serikat. Hal ini biasanya dilambangkan dengan daun ganja yang berbentuk khas. Selain itu ganja dan opium juga didengungkan sebagai simbol perlawanan terhadap arus globalisme yang dipaksakan negara kapitalis terhadap negara berkembang. Di India, sebagian Sadhu yang menyembah dewa Shiva menggunakan produk derivatif ganja untuk melakukan ritual penyembahan dengan cara menghisap hashish melalui pipa chilam/chillum, dan dengan meminum bhang.
Opium merupakan salah satu tumbuhan narkotik, opium merupakan contoh terbaik, dimana dadah dapat dihasilkan daripada semua bahagian tumbuhan itu. Dan pelbagai jenis dadah dapat dihasilkan melalui tumbuhan opium. Opium adalah dari famili Papaveraceace dan nama saintifiknya ialah Papaveraceace somniferum, rujuk gambarajah 1. Kegunaan tumbuhan narkotik ini telah pun diketahui oleh orang Sumeria purba yang hidup sekitar 4000 tahun SM dahulu. Opium digunakan sebagai bahan yang menimbulkan kegembiraan pada masa dahulu. Dalam dokumen Papyrus Ebers juga terdapat catatan mengenai opium. Opium dikenali sebagai sari buah pada zaman Yunani.
Opium tumbuh dikawasan cuaca panas dan membesar dalam jangka masa yang panjang. Kawasan penanaman opium tertumpu dikawasan Asia Tenggara-Segi Tiga Emas dan di Timur Tengah. Selain itu penanaman opium juga terdapat di India, Pakistan, Afghanistan dan Turki untuk kegunaan sendiri dan untuk penyeludupan serta untuk perubatan.
Pada masa dahulu cara penuaian opium untuk dijadikan dadah ialah dengan mengoreskan kulit biji opium yang telah masak, susu getah yang mengalir dari pengurisan itu dibiarkan untuk menjadi gam opium. Dalam keadaan ini opium dikenali sebagai opium mentah. Dadah daripada tumbuhan narkotik ini boleh dijadikan sebagai rokok, dimakan atau dihidu.
Pada masa kini dadah opium dijadikan sebagai satu industri. Cara pemprosesan moden ialah dengan mengolahkan jeraminya secara besar-besaran. Setelah jerami opium yang matang dikeringkan, alkaloid diambil dan dijadikan samada cecair, serbuk atau pepejal. Opium boleh didapati dipasaran dalam bentuk serbuk berwarna perang dengan bau yang berlainan.
Terdapat 25 jenis alkaloid yang dapat diperolehi daripada opium mentah. Akan tetapi hanya ada 2 golongan alkaloid iaitu yang pertama amat kuat mempengaruhi pusat saraf pengguna, ia dapat menghilangkan rasa ngeri dan berfungsi sebagai ubat batuk. Dan kedua pula tidaklah sekuat seperti yang pertama.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar